Thursday, June 25, 2009

Pemakanan Ternakan


Jerami padi

Mesin racik pelepah sawit

Mesin pemampat berkuasa hidrolik


mesin racik pelepah sawit & rumput naiper


Makanan adalah satu elemen yg sgt penting dalam penternakan.Ianya menyumbang sebanyak 70% daripada kos penternakan dan ia juga merupakan salah satu sebab berjaya atau gagal satu-satu projek ternakan.Bagi penternak macam saya,mahu tak mahu,terpaksalah mencari jalan untuk memastikan kos makanan ini sentiasa dapat dikawal supaya ianya tidak melambung tinggi.Jadi macam-macam cara la yg dibuat untuk mengurangkan kos makanan...Kalau nak bergantung kepada pallet..koyak poket..kambing semakin gemuk..tuan semakin kurus..Dari forum yg MARDI anjurkan tempoh hari,dapat la kami sedikit sebanyak mengetahui sumber2 permakanan yg baik,murah dan berkhasiat untuk ternakan kami seperti silaj batang jagong,pelepah kelapa sawit dan beberapa jenis rumput & pokok-pokok yang daunnya mempunyai unsur foraj dan protin yg tinggi.

Ternakan Biri-Biri Dorper Mardi Sg.Banging, Kuantan















Penternakan Biri-biri-intergasi dgn kebun kelapa pandan















Pejantan Dorper F1














Induk Dorper F1

Pada 13/06/2009 saya mendapat jemputan dari MARDI untuk menyertai forum anjuran mereka mengenai Teknologi Penternakan & Pemakanan dan Kesihatan Kambing/Biri-biri..di samping itu Mardi sedang memperkenalkan baka biri-biri Dorper yg dibawa masuk dari Afrika Selatan untuk dibiakkan di sini.Besar 2 baka biri ni.Mengikut kajian dan pengalaman penternak di Afrika Selatan , anak yg bercerai susu pada umur 4 bulan boleh mencecah berat 25 ke 30 kg dan pejantannya boleh mencecah berat sehingga 100 kg keatas..Mungkin keadaan cuaca dan persekitaran di sana sesuai utk biri-biri jenis ini .Daripada rakaman video yg ditontonkan kepada kami,ternakan di sana di biarkan lepas bebas meragut rumput dan pokok-pokok..memang kos makanan dapat diminimakan kalau ikut kaedah ni tapi di M'sia ,yg cuacanya panas lembap agak sukar kerana ternakan akan cepat mendapat kecacingan jika tidak mengawal kawasan ragutan.