Wednesday, May 7, 2008

Kambing-kambing Sediabudi.


Kambing2 kampung (Katjang)


Ibu dan anak Jamnapari


Pejantan Boer (F1) disilang biakkan dengan kambing katjang

Anak kacukan Jamnapari ( Induk) dan British Alpine ( Pejantan)

Kambing pet aku nih..Ketot

Pejantan Jamnapari

Pejantan 2 muda Jamnapari

Pejantan Kacukan British Alpine

Pejantan Boer ( F1)



Pejantan 2 muda Jamnapari

Memberi susu tambahan kepada anak


Ibu & anak jamnapari,Anak berusia kira2 1 minggu.



Anak jantan hasil kacukan British Alpine ( pejantan )& Jamnapari (Induk)
Pada Nov 2006,sebanyak 50 ekor induk Jamnapari yg 80% telah bunting dibeli daripada U-Keng Trading, Parit Yaani ,Johor (merupakan pengimport dan penternakan baka Jamnapari terbesar di Johor)dan pada Dec, 2006 pula , kami telah menambah lagi 53 ekor induk Jamnapari.Kami bermula dgn baka Jamnapari ini kerana ketika itu,belum ada lagi penternak menternak baka ini di Kuantan dan kerana baka ini agak tahan lasak dari segi ketahanan penyakit.Baka Jamnapari ini telah banyak dan lama diternak di Indonesia.Kambing Jamnapari ini berasal dari Daerah Sg.Jamuna, Uttar Pradesh ,India dan telah berkembang biak di Indonesia semenjak zaman pemerintah kolonial Belanda lagi.Kambing Jamnapari ini telah di silang biakkan dengan baka Nubian untuk mendapatkan baka yg lebih tahan lasak.Disamping itu,kami juga ada membiakkan induk2 kambing baka Katjang( Kampung) untuk disilang biakkan dengan Boer dan Jamnapari untuk meningkatkan mutu baka kambing katjang ini.

Pada mulanya,banyak masalah yang timbul kerana kekurangan pengetahuan mengenai penjagaan anak kambing dan induk yg beranak jadi banyak juga anak2 yg mati selepas 2-3 hari dilahirkan.Tetapi, setelah mendapat nasihat dari kawan 2 penternak yg berpengalaman,lama-kelamaan,pekara ini dapat di atasi.Rahsianya ialah,susu awal(kolostrum) ibu mesti diberikan kepada anak yg baru lahir untuk mempercepatkan pertumbihan antibodi anak kambing .

Saturday, May 3, 2008

Tentang Kami




Sediabudi Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat perladangan swasta yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan dimiliki oleh 100% bumiputra.Syarikat kami menjalankan projek pertanian bersepadu di ladang yang berkeluasan 250 ekar yang terletak di Kampung Bukit Bangkong,Pasir Kemudi,Jalan Kuantan-Sg.Lembing, Kuantan,Pahang. Syarikat kami menjalankan projek pembiakan kambing baka Jamnapari Indonesia /kacukan dan juga baka kambing tempatan/kacukan untuk memenuhi permintaan pasaran daging segar.Di samping itu juga syarikat kami ada membekalkan kambing untuk tujuan aqiqah, kenduri dan sebagainya. Jumlah keseluruhan bilangan kambing yang terdapat di ladang kami melebihi 200 ekor.Disamping itu,kami juga menjalankan projek penanaman kelapa sawit,kelapa pandan ,nangka jenis Mastura dan juga pokok karas.Untuk keterangan lanjut ,sila hubungi En. Hasmadi Yusof di no 013-9287098 dan 012-6757098.