Kambing2 kampung (Katjang)
Ibu dan anak Jamnapari
Pejantan Boer (F1) disilang biakkan dengan kambing katjang
Anak kacukan Jamnapari ( Induk) dan British Alpine ( Pejantan)

Kambing pet aku nih..Ketot
Pejantan Jamnapari
Pejantan 2 muda Jamnapari

Pejantan Kacukan British Alpine

Pejantan Boer ( F1)


Pejantan 2 muda Jamnapari

Memberi susu tambahan kepada anak

Ibu & anak jamnapari,Anak berusia kira2 1 minggu.

Pada Nov 2006,sebanyak 50 ekor induk Jamnapari yg 80% telah bunting dibeli daripada U-Keng Trading, Parit Yaani ,Johor (merupakan pengimport dan penternakan baka Jamnapari terbesar di Johor)dan pada Dec, 2006 pula , kami telah menambah lagi 53 ekor induk Jamnapari.Kami bermula dgn baka Jamnapari ini kerana ketika itu,belum ada lagi penternak menternak baka ini di Kuantan dan kerana baka ini agak tahan lasak dari segi ketahanan penyakit.Baka Jamnapari ini telah banyak dan lama diternak di Indonesia.Kambing Jamnapari ini berasal dari Daerah Sg.Jamuna, Uttar Pradesh ,India dan telah berkembang biak di Indonesia semenjak zaman pemerintah kolonial Belanda lagi.Kambing Jamnapari ini telah di silang biakkan dengan baka Nubian untuk mendapatkan baka yg lebih tahan lasak.Disamping itu,kami juga ada membiakkan induk2 kambing baka Katjang( Kampung) untuk disilang biakkan dengan Boer dan Jamnapari untuk meningkatkan mutu baka kambing katjang ini.
Pada mulanya,banyak masalah yang timbul kerana kekurangan pengetahuan mengenai penjagaan anak kambing dan induk yg beranak jadi banyak juga anak2 yg mati selepas 2-3 hari dilahirkan.Tetapi, setelah mendapat nasihat dari kawan 2 penternak yg berpengalaman,lama-kelamaan,pekara ini dapat di atasi.Rahsianya ialah,susu awal(kolostrum) ibu mesti diberikan kepada anak yg baru lahir untuk mempercepatkan pertumbihan antibodi anak kambing .

